Wednesday, December 2, 2009

KERANA TAKDIR

Kerana takdir kita bertemu
Di tepi pantai
Petang yang damai

Kerana takdir kita kembara
Merentasi hutan
Merenangi lautan
Menyemai benih cinta

Kerana takdir kita bersatu
Menyulam cinta
Di mahligai bahagia

Kerana takdir juga kita berpisah
Dukanya hati
Laranya jiwa

Kerana itu aku berjanji
Tetap setia menyinta
Selagi nadi belum terhenti