Wednesday, December 2, 2009

KERANA TAKDIR

Kerana takdir kita bertemu
Di tepi pantai
Petang yang damai

Kerana takdir kita kembara
Merentasi hutan
Merenangi lautan
Menyemai benih cinta

Kerana takdir kita bersatu
Menyulam cinta
Di mahligai bahagia

Kerana takdir juga kita berpisah
Dukanya hati
Laranya jiwa

Kerana itu aku berjanji
Tetap setia menyinta
Selagi nadi belum terhenti

Wednesday, July 15, 2009

THANK YOU

This is the first time i ever felt this feeling
With someone who can cure my pain
And i wanna thank for everything
Everything that you gave to me

I'm not a kind of girl that you dream of
The perfect one for a man like you
But you chose me to love you
And be your girl forever

Thanks for being there for me
And thank you for loving me as i am

TABAH

Luka semalam
Mengajarku erti tabah
Erti sebenar kehidupan
Di pentas sementara ini

Segalanya terasa manis dipandang
namun pahit ditelan

Lantaran itu...
Aku harus tabah
Tabah-setabahnya
Walau igauan semalam mengusik mimpi
Walau resah membelit jiwa
Walau kecewa mendampingi emosi
Erti tabah harus ku genggami
Hingga ke penghujung waktu

AKU PERNAH

Aku pernah leka
Dalammeniti kehidupan
Hampir aku tersungkur
Menyembah hawa nafsu yang membara
Pernah aku alpa
Sibuk mengejar dunia
Nikmat yang hanyalah sementara
Nikmat yang membuatkan aku lupa
Hakikat hidup yang sebenar
Pengaruh dunia aku genggami
Hingga terlerai segala janji
Moga ada waktu untukku
Menebus dosa yang lalu
Sebelum di bawa berlalu
Ke alam yang baru

LEMBARAN SEPI

Usaha?
Menanti?
Berserah?
Mengalah?
Yang mana harus ku pilih?

Bila hati terlalu menyayangi
Rindu menghampiri

Aku alpa seketika
Siapalah aku untuk dirinya

Lalu aku rela sendiri
Menjadi perindu sepi
Di lembaran memori
Nukilan hati ini

SEPI

Sepi...
Menyelubungi ruang hidupku
yang tak pasti noktahnya

Sepi...
membuatkan rindu menyapa terus membelit
manjadikan aku pasrah dan sempit

Sepi...
mengajakku berlayar
mengecapi kembali nostalgia lalu

Akhirnya...
melambai meninggalkan ku sendir
terkapai-kapai di lautan fantasi

Saturday, June 6, 2009

SENDIRI

Sendirian..
Ku layari persada kehidupan
Meradah onak dan duri
Bersama sejuta harapan
Mengharap perjuanganyang pasti

Aku sendiri lagi..
Bila kemudiku pecah
Belayar tanpa arah
Mengharungi ombak bergelora
Melalui haluan berbeza

Aku masih sendiri..
Bila hanyut di tengah lautan
Menanti datangnya teman
Bersama mengharungi lautan
Meninggalkan perhentian yang kelam

Aku tetap sendiri..
Bila aku bertanya sendiri
Adakah aku sendiri
Bila ditinggalkan menyendiri
Sendirian di lautan ini

Akhirnya..
Aku insaf dan sedari
Aku bukan sendiri
Lalu aku mula berdiri
Kerna Tuhan sentiasa di sisi
Menemaniku di hati